Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Shahidan Kassim nekad lawan habis-habisan calon BN di Arau

PN yakin penyertaan Shahidan beri kekuatan kepada parti

BANGI, 8 Rabiulakhir 1444H, Khamis – Datuk Seri Shahidan Kassim akhirnya sah menjadi calon Perikatan Nasional (PN) dan bakal menentang calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN negeri, Mohd Shukri Ramli berkata, pencalonan tersebut mendapat restu daripada PN Pusat.

Beliau diyakini dapat memberi kekuatan kepada parti berkenaan mendapatkan kemenangan di Parlimen Arau, katanya.

“Pengumuman rasmi mengenai penyertaan Shahidan akan berlangsung dalam majlis memperkenal calon PN Perlis di Kompleks PAS Kangar, malam ini.

“Penyertaan Shahidan itu secara tidak langsung memberi kelebihan tambahan kepada PN bukan sahaja di Arau tetapi Perlis secara keseluruhan,” katanya.

Sementara itu, Shahidan menegaskan beliau nekad melawan habis-habisan calon yang dikemukakan BN, Datuk Rozabil Abd Rahman dan berharap semua pengundi memberikan sokongan kepadanya.

“Bukan sahaja penyokong PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sokong saya, saya nak UMNO juga sokong saya. Ini kerana semua gerak kerja di Arau, saya yang atur selama ini daripada A sampai Z.

“Tiba-tiba tolak macam itu sahaja, ambil pula bukan jawatankuasa bahagian, orang luar.

“Di Arau ini akan menjadi model Muafakat Nasional. Insya-Allah selain Parlimen Arau, empat kerusi DUN dalam tangan dan satu lagi DUN tunggu,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggugurkan nama Shahidan untuk bertanding di kerusi Parlimen Arau dan menggantikan dengan Rozabil sebagai calon di kawasan tersebut.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button