Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Tak mustahil GTA buat kejutan di Terengganu

Guna media sosial sebagai platform tarik sokongan

KUALA TERENGGANU, 8 Rabiulakhir 1444H, Khamis – Keputusan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk bertanding di Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan sekadar ‘watak tempelan’ atau mencuba nasib, kata Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) negeri, Datuk Wan Nazari Wan Jusoh.

Sebaliknya, beliau berkata GTA Terengganu menyasarkan kemenangan di beberapa Parlimen dengan mempertaruhkan lapan calon terdiri daripada golongan profesional dan usahawan.

Menurut beliau, dalam suasana politik yang tidak menentu hari ini, tidak mustahil GTA mampu melakukan kejutan di Terengganu biarpun pada dasarnya negeri itu didominasi oleh PAS dan UMNO.

“Fikiran rakyat Terengganu didoktrin dengan dua parti ini. Jadi GTA hadir sebagai pilihan kepada pengundi muda yang menguasai 50 hingga 60 peratus daripada senarai pengundi.

“Kehadiran kita (GTA) bukan sekadar ‘test market’ (pasaran ujian), tetapi untuk ambil alih beberapa Parlimen daripada tangan PAS dan UMNO,” katanya ketika ditemui pada majlis mengisi borang pencalonan PRU15 di pejabatnya di sini, hari ini.

Menurut  Wan Nazari, seperti parti politik lain, pihaknya akan menggunakan media sosial sebagai platform utama untuk menarik sokongan pengundi muda di negeri ini.

Selain itu, katanya edaran risalah juga akan dilakukan ke semua pelosok daerah sebagai inisiatif memperkenalkan calon dalam tempoh berbaki lebih kurang dua minggu sebelum hari pengundian 19 November ini.

GTA akan bertanding di semua lapan kerusi Parlimen Terengganu dengan empat daripada calon iaitu Datuk Wan Nazari Wan Jusoh (Besut), Wan Adnan Wan Ali (Setiu), Rosli Ab Ghani (Kemaman) dan calon paling muda, Nor Aisah Ab Ghani (Dungun) adalah daripada parti Pejuang.

Empat lagi calon, Azaha Wahid (Kuala Nerus), Mohamad Abu Bakar Muda (Kuala Terengganu), Zarawi Sulong (Marang) dan Mohd Khadri Abdullah (Hulu Terengganu) daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button