Berita Utama

Warisan tanding 53 kerusi Parlimen seluruh negara

25 kerusi Parlimen di Sabah, satu Labuan, 26 lagi Semenanjung

KOTA KINABALU, 8 Rabiulakhir 1444H, Khamis – Parti Warisan (Warisan) setakat hari ini mengesahkan untuk bertanding di 52 kerusi Parlimen seluruh negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata, daripada jumlah itu Warisan bertanding di kesemua 25 kerusi Parlimen di Sabah, satu di Labuan, manakala 26 kerusi Parlimen lagi di Semenanjung.

“Bila kita nak bertanding kena pastikan boleh menang, bukan nak tanding memenuhi kehendak orang…kita nak pertimbangan (calon) selain berkebolehan, berilmu, mampu memenanginya (kerusi ditandingi), kita mahu calon ini ada jiwa dia.

“Persoalan sama ada 52 kerusi (Parlimen ditandingi) kita yakin Sarawak dan Sabah satu blok penting, semua ahli Parlimen pertahan hak kita terutama MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) jangan hanya janji,” katanya pada sidang media selepas Pengumuman dan Penyampaian Watikah Calon PRU15 Warisan di sini hari ini.

Beliau berkata, Warisan sedang meneliti beberapa kerusi Parlimen lagi di Semenanjung untuk ditandingi dan tidak menolak menambah bilangan itu sekiranya mendapat maklum balas positif pengundi serta mempunyai calon mampu menang di kawasan berkenaan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button