Berita Utama

Batal PRU15 kerana Omicron XBB palsu

Hantaran di FB My News cetuskan kekeliruan

BANGI, 9 Rabiulakhir 1444H, Jumaat – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan laporan berita mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kemungkinan dibatalkan sekiranya kes positif COVID-19 meningkat sebelum hari mengundi pada 19 November ini.

KKM dalam kenyataan berkata, hantaran di akaun Facebook My News yang dimuat naik hari ini adalah palsu dan tidak mencerminkan situasi sebenar serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Menerusi hantaran itu, My News mendakwa PRU15 berkemungkinan dibatalkan sekiranya kes positif COVID-19 daripada gelombang Omicron XBB terus meningkat sebelum tarikh hari mengundi 19 November nanti.

“Ketika ini, kes positif COVID-19 telah dicatatkan melebihi 2,000 kes sehari.

“Sekiranya wabak Omicron XBB tidak merebak terlalu cepat dan masih terkawal, maka orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan suntikan dos keempat (dos penggalak) sekiranya ingin mengundi pada 19 November 2022,” dakwa hantaran itu yang turut disertakan gambar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Sehubungan itu, KKM meminta orang ramai merujuk berita sahih melalui pautan di Sinar Harian dan agensi Bernama.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button