Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

BERJASA beri nafas baharu pada landskap politik negara

GTA gabungan unik rangkum parti politik, NGO dan aktivis masyarakat

BANGI, 9 Rabiulakhir 1444H, Jumaat – Parti BERJASA – antara komponen dalam Gerakan Tanah Air (GTA) – mengulangi komitmennya untuk memberikan nafas baharu kepada landskap politik tanah air pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Justeru, pilihan raya kali ini adalah masa terbaik untuk rakyat bangkit memilih pemimpin yang mampu menambah baik urus tadbir negeri dan negara, menjaga kebajikan serta tidak mengamalkan ketirisan yang merugikan rakyat.

Atas dasar itu, Ketua Wanita BERJASA Pahang, Dr Rashidah Abd Rahman menyeru rakyat melihat keunikan GTA yang bukan hanya merangkumi gabungan parti politik, tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis dan rakyat biasa di setiap segmen masyarakat.

“Saya percaya BERJASA sebagai salah satu parti komponen dalam Gerakan Tanah Air (GTA) akan memberi nafas baharu kepada landskap politik tanah air.

“Bukan sahaja di peringkat pimpinan, malah penyokong dan jentera parti juga perlu jelas akan hala tuju untuk kita bergerak bersama,” katanya.

Terdahulu, beliau yang juga bakal calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu hadir ke pelancaran jentera BERJASA bagi Parlimen Indera Mahkota dan DUN Semambu, di ibu pejabat BERJASA Pahang di Kuantan, malam tadi.

Pelancaran itu turut dihadiri calon GTA-BERJASA di kerusi Parlimen Indera Mahkota, Dr Mohamad Nor Sundari.

“Saya terharu dan bersyukur melihat komitmen dan sokongan jentera parti yang bersiap sedia untuk tempoh kempen dua minggu bermula esok sehingga hari mengundi.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang bersedia mengorbankan masa dan tenaga untuk perjuangan dari rakyat untuk rakyat ini,” katanya.

BERJASA mempertaruhkan 10 calon di kerusi Parlimen dan empat kerusi DUN di bawah gabungan GTA pada PRU15 ini.

Bagaimanapun, GTA akan menggunapakai logo dan simbol Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sepanjang tempoh pilihan raya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button