Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Pendapat

Kerana sayangkan mereka…

Moga pentas politik bakal dibarisi pemimpin berwibawa

SEBELUM keluar rumah untuk beberapa urusan persiapan penamaan calon esok, saya sempat duduk sebentar melayan tetamu di rumah.

Rakan-rakan anak saya yang bongsu, yang kini berada di Tingkatan 6 datang ke rumah untuk sesi ulangkaji dan perbincangan mereka. Sudah menjadi kebiasaan untuk anak-anak muda ini berkumpul di rumah saya untuk sesi diskusi sebegini.

Saya mengambil peluang ini untuk menasihati mereka agar sentiasa memanfaatkan usia muda mereka sebaiknya kerana mereka bukan sahaja harapan keluarga, malah bangsa, agama dan negara.

Jika ditanya mengapa saya bersedia untuk menjadi calon PRU ini? Jawapannya adalah…
Kerana saya sayangkan anak-anak muda kita.

Sudah tidak sanggup melihat pentas politik dibarisi pemimpin yang tidak mampu menjadi contoh buat anak-anak ini.

Semoga dengan langkah ini, pentas politik kita bakal dibarisi pemimpin berwibawa yang mampu memberi inspirasi kepada anak-anak muda hari ini.

Dr Rashidah Abd Rahman
Ketua Wanita BERJASA Pahang
Calon GTA DUN SEMAMBU

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button