Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Parlimen setuju kerajaan sementara perintah Lubnan

Najib Mikati galas tugas presiden meskipun ada bantahan

BEIRUT, 9 Rabiulakhir 1444H, Jumaat – Parlimen Lubnan memutuskan kerajaan sementara yang diketuai Najib Mikati boleh menggalas kuasa jawatan presiden di tengah-tengah kekosongan kepimpinan, mengikut prinsip Perlembagaan.

Terdahulu, bekas Presiden, Michel Aoun menghantar surat kepada Parlimen pada Ahad – 24 jam sebelum tamat penggalnya – meminta anggota Parlimen menarik balik keyakinan terhadap kerajaan sementara Mikati.

Dalam surat itu, Aoun menegaskan bahawa kepimpinan Mikati tidak mempunyai legitimasi dan tidak sepatutnya memikul tugas presiden.

Parlimen kemudiannya mengadakan sesi perbincangan mengenai gesaan Auon itu semalam.

Bagaimanapun, beberapa ahli Parlimen percaya bahawa tindakan surat-menyurat adalah sia-sia, memandangkan Perlembagaan Lubnan memberikan kerajaan, malah seorang ‘caretaker’ hak untuk mentadbir negara dalam keadaan jawatan presiden masih kosong.

Mereka menegaskan bahawa keutamaan adalah memilih presiden, bukan membincangkan mengenai kerajaan.

Ahli Parlimen lain termasuk blok Aoun, Gerakan Patriotik Bebas berkata, surat itu akan memindahkan pertikaian antara Aoun dan Mikati ke parlimen.

Ramai wakil rakyat memberi amaran terhadap konflik seperti itu yang dibimbangi akan mencetuskan perselisihan mazhab antara Maronit dan Sunni.

Mikati pada sesi itu berkata, jika kerajaannya gagal melaksanakan tanggungjawabnya, termasuk sebagai pemimpin sementara, ia akan tertakluk kepada akauntabiliti Perlembagaan kerana melanggar tugas yang dinyatakan secara jelas dalam Perkara 70 Perlembagaan.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button