Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Fahmi Bazlan yakin dapat memenangi hati pengundi Kota Raja

Sudah dikenali penduduk setempat, sering kali turun padang

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

SHAH ALAM, 10 Rabiulakhir 1444H, Sabtu – Memiliki rekod yang memberangsangkan, Fahmi Bazlan Muda yakin dapat memenangi hati pengundi Kota Raja dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ini kerana calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu sudah dikenali penduduk setempat berikutan sering kali turun padang menjalankan aktiviti kesukarelawanan termasuk membantu mangsa banjir yang melanda Shah Alam sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau positif mampu menang kerusi Parlimen Kota Raja – yang menyaksikan pertembungan lapan penjuru – apatah lagi tidak kehilangan wang deposit.

Beliau menyifatkan, pengumuman penamaan calon yang bertanding kerusi berkenaan hari ini agak menarik.

“Persaingan agak terbuka dan kedudukan Pejuang di kertas undi berada pada nombor satu. Ia sangat baik.

“Kita positif untuk bertanding selepas ini,” katanya ketika ditemui Ismaweb.net selepas pengumuman calon di pusat penamaan calon di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Kemuning Seksyen 32 di sini, hari ini.

Kerusi Parlimen Kota Raja menyaksikan persaingan sengit antara Pejuang, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Rakyat Malaysia, serta tiga calon Bebas.

Pertembungan itu juga menyaksikan penyandang kerusi Parlimen Kota Raja, Muhammad Sabu atau Mat Sabu tampil mempertahankan kerusi yang dimenangi beliau pada PRU14.

Pautan terdahulu;

Kota Raja cipta sejarah, sengit 8 penjuru

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button