Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Putrajaya saksikan persaingan 6 penjuru

Calon Pejuang kemuka borang jam 9.14 pagi

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

PUTRAJAYA, 10 Rabiulakhir 1444H, Sabtu – Kerusi Parlimen P125 Putrajaya bakal menyaksikan pertandingan enam penjuru antara Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti dan dua calon Bebas.

Enam calon masing-masing mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehingga tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.

Kerusi Putrajaya membabitkan Calon Pejuang, Datuk Mohd Rosli Ramli, penyandang, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Barisan Nasional), Datuk Dr Radzi Jidin (Perikatan Nasional), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (Pakatan Harapan), Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) dan Lim Fice Bee (Bebas).

Tengku Adnan menjadi calon pertama mengemukakan borang berkenaan ketika tempoh penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi di Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna, Presint 9 di sini.

Ia kemudian diikuti calon PN, Dr Radzi yang mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.03 pagi, calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi pada jam 9.05 pagi, calon Bebas, Lim Fice Bee pada jam 9.08 minit pagi, Dr Noraishah dari PH pada jam 9.10 pagi dan Mohd Rosli dari Pejuang pada jam 9.14 pagi.

Borang pencalonan berkenaan dikemukakan kepada Pengurus Pilihan Raya Parlimen Putrajaya, Shamshul Joehari Zainal Mokhtar.

Untuk rekod, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor adalah Ahli Parlimen pertama di Putrajaya dan berjaya mempertahankan BN di kerusi itu sejak empat penggal lalu.

Pada PRU14, Tengku Adnan menang dengan majoriti 3,372 undi mengalahkan calon PAS, Zainal Abidin Kidam dan PKR, Datuk Dr. Samsu Adabi Mamat. 

PRU15 bermula hari ini dengan proses penamaan calon di 222 pusat penamaan di seluruh negara.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button