Berita Utama

Ahmad Idham komited perjuang nasib anak-anak istimewa

Janji beri khidmat terbaik kepada penduduk Port Dickson

BANGI, 11 Rabiulakhir 1444H, Ahad – Isteri kepada calon Pejuang Port Dickson, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyifatkan suaminya sebagai individu ikhlas berbakti serta akan memberi sokongan 200 peratus sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jameah Abdul Aziz, 46, berkata, sebagai isteri dia akan setia bersama dan membantu semua aktiviti kempen suaminya.

“Walaupun dikenali sebagai seorang selebriti, suaminya serius dan memberi komitmen terbaik untuk berkhidmat kepada masyarakat Port Dickson.

“Saya nampak kesungguhannya dalam memperjuangkan nasib rakyat terutama anak-anak istimewa,” katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan walaupun ada komen negatif dan kritikan disebabkan pembabitan suaminya, namun tidak akan memberi bekas kepada dirinya.

Jelas beliau, sesiapa sahaja berhak untuk bersuara dan memberi pandangan namun ia tidak sesekali memberi tekanan dan melemahkan semangat pengarah berkenaan.

“Saya tidak nafikan orang masih melihat dia sebagai penggiat industri seni, tapi sebenarnya bukan 100 peratus penglibatannya dalam bidang itu semata-mata,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Idham sendiri berkata, beliau bukan sekadar berjanji politik, tetapi sebagai orang yang terlibat dalam badan bukan kerajaan (NGO) masalah dari peringkat bawah atau akar umbi perlu diambil kira.

Beliau pada masa sama komited mewujudkan sistem sokongan komuniti dalam kalangan keluarga anak-anak istimewa.

Ini termasuk dalam lima agenda bagi meningkatkan tahap kehidupan penduduk di Port Dickson sekiranya diberikan mandat rakyat.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button