Berita Utama

5 rumah musnah kebakaran di Kampung Baru

Tiada mangsa terbabit, anggaran kerugian masih disiasat

KUALA LUMPUR, 11 Rabiulakhir 1444H, Ahad – Lima rumah berhampiran pintu gerbang Kampung Baru di Jalan Raja Muda Musa di sini musnah dalam kebakaran malam ini.

Komander Operasi Kanan Penolong Penguasa Bomba Rahmat Kamarulzaman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.19 malam.

Beliau berkata, seramai 36 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Sentul, Jalan Tun Razak dan Hang Tuah serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah yang mempunyai lima pintu (rumah) terbakar 90 peratus… tindakan operasi pemadaman menggunakan teknik offensive dan defensive dengan membuat cooling di rumah berhampiran.

“Tiada mangsa yang terlibat dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” menurutnya dalam satu kenyataan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button