Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Isteri calon Pejuang Kubang Pasu meninggal dunia

Jenazah dikebumikan di perkuburan Kg Baru Pantai, Seremban

BANGI, 11 Rabiulakhir 1444H, Ahad – Isteri kepada calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah meninggal dunia, malam tadi.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Pejuang memaklumkan isterinya, Datin Siti Hamimah Ab Rahman disahkan meninggal dunia pada jam 12.15 tengah malam tadi.

Menerusi perkongsian di Twitter dan Facebooknya, jenazah sudah selamat dikebumikan di perkuburan Kg Baru Pantai, Seremban, Negeri Sembilan.

“Terima kasih buat ahli keluarga, komuniti tempatan, rakan-rakan yang sudi meluangkan masa dan kudrat untuk memberikan penghormatan terakhir kepada isteri beliau.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat. InsyaAllah, amin!,” tulis pengendali kedua-dua laman media sosial Amiruddin, hari ini.

Difahamkan, isteri Amiruddin meninggal dunia akibat penyakit kanser.

Semalam, Amiruddin secara rasmi menjadi calon Pejuang untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Pasu yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berdepan tiga pencabar lain iaitu Datuk Hasmuni Hassan daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail (Perikatan Nasional) dan Aizuddin Ariffin (Pakatan Harapan).

Pada PRU14 lalu, Amiruddin memenangi kerusi itu dengan memperoleh 29,984 undi, mengatasi BN (16,975) dan PAS (13,375).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button