Berita UtamaDunia

Presiden Zelensky dakwa Iran tipu isu hantar dron ke Russia

Iran dakwa hantar dron sebelum perang Russia-Ukraine

KYIV, 11 Rabiulakhir 1444H, Ahad – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mendakwa pegawai Iran menipu berhubung penghantaran dron ke Moscow.

Pegawai Iran sebaliknya mendakwa, penghantaran peluru ke Russia untuk tujuan perang adalah tidak tepat kerana ia dihantar untuk kegunaan infrastruktur awam negara tersebut.

Iran sebelum ini buat pertama kali mengaku menghantar dron ke Russia namun menegaskan ia sebelum peperangan Russia-Ukraine.

Kyiv dan sekutu Baratnya menuduh Russia menggunakan dron buatan Iran dalam serangan beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun Tehran beberapa kali menafikan dakwaan itu.

Menteri Luar Iran, Hossein Amir- Abdollahian yang dipetik sebagai berkata, dron berkenaan telah dihantar ke Russia sebelum pencerobohan berlaku akhir Februari lalu.

Sebelum ini, Britain dan Kesatuan Eropah telah mengenakan sekatan ke atas tiga jeneral Iran dan sebuah firma senjata yang didakwa membekalkan dron kepada Rusia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button