Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Remaja Palestin terus jadi sasaran pengganas Israel

Seorang lagi parah kini dalam tahanan rejim penjajah

RAMALLAH, 11 Rabiulakhir 1444H, Ahad – Seorang remaja Palestin terbunuh selepas ditembak tentera pengganas Israel berhampiran bandar Sinjil di wilayah Ramallah, Tebing Barat malam Sabtu.

Musab Mohammad Nafal, 18, cedera parah selepas tembakan itu terkena tepat ke jantung sebelum disahkan meninggal dunia di Kompleks Perubatan Palestin di Ramallah, menurut Kementerian Kesihatan.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa seorang lagi warga Palestin turut cedera parah dalam serangan tentera pengganas Israel ketika kejadian sama.

Terdahulu, sumber tempatan memberitahu bahawa askar pendudukan Israel melepaskan tembakan ke arah dua rakyat Palestin terbabit ketika mereka sedang berjalan berhampiran bandar itu sehingga menyebabkan kedua-duanya parah.

Jenazah Musab telah diserahkan tentera Israel kepada pusat perubatan Palestin sebaik sahaja dia disahkan meninggal dunia, sementara nasib seorang lagi mangsa tidak diketahui dan dipercayai berada dalam tahanan rejim itu.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button