Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Ustaz Kazim tarik diri kerana abang pun bertanding

Patuh nasihat arwah ibu tak bersaing adik-beradik kawasan sama

IPOH, 11 Rabiulakhir 1444H, Ahad – Datuk Mohammad Kazim Elias menarik diri daripada menjadi calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Larut kerana abangnya turut bertanding di kawasan yang sama.

Pendakwah terkenal itu berkata, beliau menarik balik pencalonannya apabila abangnya Kapt (B), Datuk Mohd Najmuddin Elias bertanding di kerusi DUN Batu Kurau sebagai calon Perikatan Nasional (PN).

Menjelaskan keputusannya pada sidang media khas, hari ini, Ustaz Kasim berkata, arwah ibunya sentiasa menasihatinya supaya tidak sesekali bertanding di kawasan yang turut ditandinginya dan adik-beradiknya.

“Kedua-dua abang saya dan saya tidak menyangka dan kami tidak memaklumkan pada satu sama lain,” katanya.

Ustaz Kazim berkata, beliau sebelum ini memaklumkan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang prinsipnya untuk tidak bertanding melawan adik-beradik lain.

“Saya bukan ahli UMNO, tetapi saya ditawarkan untuk bertanding di Larut di bawah tiket Barisan kerana pengetahuan dan pengalaman saya sebagai pendakwah.

“Presiden parti (UMNO) memberitahu saya tidak mengapa saya bukan ahli, kerana mereka mahu orang dari pelbagai profesional dan latar belakang agama menyumbang pengalaman dan kepakaran mereka, dan dengan itu saya dipilih,” kata Ustaz Kazim.

Ditanya sama ada beliau akan menyokong abangnya atau calon baharu UMNO, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud menggantikannya, Ustaz Kazim berkata, beliau tidak akan mewakili mana-mana parti politik.

“Saya akan ke mana-mana untuk menyampaikan ceramah agama melibatkan keharmonian, hubungan kekeluargaan, perpaduan, dan perkara positif. Bagi sesiapa yang menjemput saya, jangan ada gabungan atau bendera parti yang terlibat dan calon tidak boleh berkempen di majlis itu.

“Saya juga tidak akan berpihak dan berkempen untuk mereka,” jelasnya.

Ustaz Kazim berkata, beliau adalah ahli PAS dari 1997 sehingga beliau berhenti pada 2014.

“Saya kini bukan ahli mana-mana parti politik, kerana saya gembira menjadi pendakwah bebas. Saya mempunyai rakan dari semua parti politik termasuk PAS, PKR, UMNO dan Bersatu, dan itu tidak menjadi masalah sama sekali,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button