Berita Utama

Calon BN sindir Anwar, ‘terima kasih’ Port Dickson tak banyak berubah

Presiden PKR tak berjaya curi hati rakyat di kawasan sendiri

PORT DICKSON, 12 Rabiulakhir 1444H, Isnin – ‘Terima kasih’ Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak melakukan banyak perubahan di sini, sindir calon Barisan Nasional (BN) di Port Dickson, Datuk P. Kamalanathan.

“Saya perlu mengucapkan terima kasih kepadanya kerana dia tidak melakukan apa-apa yang besar.

“Kerana jika dia melakukan sesuatu dalam tempoh empat tahun lepas, sukar untuk kami berkempen,” kata Kamalanathan, yang bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Beliau mendakwa, Anwar tidak berjaya mencuri hati rakyat di sini sebagai Ahli Parlimen kerana beliau kurang berada di kawasan itu.

“Ini yang diceritakan oleh pengundi di sini. Bagi saya, rekod saya ada untuk disemak.

“Saya kembali dan melakukan kerja,” katanya sambil memaklumkan bahawa penduduk mahukan perubahan.

Bercakap mengenai salah seorang lawannya, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, beliau berkata, ia bukan satu perlawanan yang mudah.

“Sebagai Menteri Besar, beliau mempunyai banyak kelebihan. Tetapi maklum balas yang saya perolehi sejak dua hari lalu adalah positif.

“Bagaimanapun, saya tidak akan cepat berpuas hati dengan kejayaan saya,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button