Berita Utama

Hujan lebat hingga Jumaat di negeri Pantai Timur

Negeri pantai barat, Sarawak kerap hujan petang hingga malam

BANGI, 12 Rabiulakhir 1444H, Isnin – Pantai Timur Semenanjung diramal mengalami hujan lebat berterusan dan angin kencang bermula esok hingga Jumaat ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Keadaan cuaca itu berikutan penumpuan angin dijangka berlaku di Pantai Timur Semenanjung dan barat Sarawak.

Sehubungan itu, MetMalaysia mengemaskini amaran hujan berterusan peringkat waspada membabitkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa pada 8 hingga 11 November.

“Pada masa yang sama, negeri-negeri di pantai barat Semenanjung (Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) dan Sarawak dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir yang lebih kerap pada sebelah petang hingga malam.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button