Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

‘Kita ubah landskap politik, anak muda corak masa depan’

Ketirisan kepimpinan punca negara tak stabil

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI,12 Rabiulakhir 1444H, Isnin – Ketirisan dalam kepimpinan sehingga politik negara tidak stabil perlu diubah bagi mengembalikan Malaysia dalam keadaan bersih dan selamat.

Situasi itu faktor utama calon Pejuang di Parlimen Larut, Auzaie Fadzlan Shahidi menceburi politik kerana mahu mengembalikan maruah negara selain mengubah landskap politik.

Katanya, politik hari ini sudah tidak stabil berikutan pemimpin yang ada hanya memikirkan keuntungan peribadi tuntuk lari daripada kes jenayah dan masalah.

“Situasi itu juga menyebabkan rakyat sering ditindas tak dapat pembelaan terutama dalam kalangan anak muda sedangkan anak muda adalah pemimpin masa depan.

“Anak mudalah yang mencorakkan masa depan, tetapi ketika ini golongan ini tiada peluang pekerjaan walaupun belajar tetapi apabila tamat pengajian di universiti mereka tak dapat pekerjaan.

“Ini semua disebabkan ketirisan dalam kepimpinan dan politik negara yang tidak stabil,” katanya.

Justeru, anak jati Larut ini yang membesar di Selama menggesa kepada seluruh rakyat terutama anak muda menggunakan kuasa dan turun mengundi.

Tindakan berkenaan penting supaya maruah negara dapat dikembalikan dan negara berada di landasan yang sebenar, katanya.

“Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia keluar mengundi untuk kembalikan maruah negara, bersama ubah politik negara, bersama bangunkan negara.

“Kepada pengundi muda keluarkan mengundi ramai-ramai untuk kita tentukan masa depan negara,” katanya yang merupakan graduan Syariah di Universiti Al-Azhar Mesir.

Atas dasar itu, beliau merayu penduduk di Parlimen Larut untuk memberi mandat kepadanya bagi mengubah landskap politik negara sekali gus mengangkat Malaysia di tempat yang sewajarnya.

“Ingat kita anak muda adalah penentu masa depan negara, kita adalah akar kepada negara ini, jadi pilih saya demi masa depan negara yang baik,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button