Berita UtamaDunia

Serangan Russia terhadap rakyat Ukraine cubaan genosid

40 peratus kawasan Kyiv terputus bekalan elektrik

KYIV, 12 Rabiulakhir 1444H, Isnin – Penduduk wilayah Kyiv perlu bersedia meninggalkan kawasan berkenaan sekiranya keseluruhan tempat itu terputus bekalan elektrik.

Datuk bandar Kyiv, Vitali Klitschko berkata, sehingga kini kira-kira 40 peratus bekalan elektrik musnah dan mengalami kerosakan dalam serangan di jana kuasa elektrik, menyebabkan penduduk terpaksa bergelap.

“Dalam beberapa minggu kebelakangan ini jutaan penduduk Ukraine berdepan masalah bekalan elektrik dan air bersih kerana serangan udara Russia yang menyasarkan keseluruhan infrastruktur.

“Sekiranya berterusan, bekalan air dan kumbahan juga akan gagal berfungsi,” katanya.

Konvensyen Geneva yang menggariskan piawaian untuk mangsa perang berkata, serangan tidak sepatutnya disasarkan terhadap infrastruktur awam.

Pada masa sama, Vitaly menyifatkan sasaran Russia terhadap infrastruktur awam adalah tindakan keganasan melampau dan genosid.

“Presiden Russia tidak memerlukan penduduk Ukraine tetapi beliau hanya mahukan wilayah ini sahaja.

“Serangan terhadap infrastruktur awam berlaku kerana ia mahu melakukan pembunuhan beramai-ramai.

“Tugas beliau adalah untuk mematikan semua rakyat yang ada di tempat ini atau memaksa kita melarikan diri supaya mereka dapat merampas kawasan ini,” dakwanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button