Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Artikel Khas

Kita takkan keluar dari kemelut politik jika ‘muka lama’ terajui negara

Kapitalis terus jarah kekayaan negara, rakyat pula makin tertekan

TINJAUAN Vodus mendapati 27% (hampir 5.7 juta orang) rakyat Malaysia dan 33% (lebih 825,000 orang) pengundi muda berumur 18-24 tahun masih belum memutuskan untuk turun mengundi pada pilihan raya umum kali ini.

Majoriti mereka merasakan bahawa semua ahli politik adalah sama dan undi mereka tidak akan mengubah apa-apa.

Kita sudah muak dengan drama politik kotor, rasuah dan perpecahan politik hari ini. Ahli-ahli politik sanggup menggadaikan masa depan negara demi kepentingan peribadi.

Kapitalis terus menjarah kekayaan negara sedangkan rakyat makin tertekan dengan prospek pendidikan yang semakin malap dan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Inilah kelesuan politik yang kita sedang hadapi selepas bergelut dengan kelesuan pandemik dan terus berhadapan dengan krisis ekonomi global. Sampai bila perkara ini akan terus berlaku?

Kita takkan keluar dari kemelut politik hari ini jika muka-muka sama kekal menerajui tampuk kepimpinan kerajaan. Kita tidak boleh mengharapkan idea dan solusi baharu untuk hadir menyelesaikan kemelut politik akan datang. Mustahil!

Tidak ada cara lain, melainkan menggantikan mereka dengan muka-muka baharu. Kesegaran ini diperlukan disetiap aspek kepimpinan negara. Hanya solusi ini yang mampu memberikan nafas segar buat masa depan negara.

Ustaz Zamani Ibrahim
Naib Pengerusi GTA
Calon P133 Parlimen Tampin

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button