Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Korea Utara nafi bekal senjata kepada Russia

Dakwa AS berterusan sebar khabar angin tak berasas

PYONGYANG, 13 Rabiulakhir 1444H, Selasa – Korea Utara menegaskan tidak pernah bekerjasama dengan Russia bagi tujuan penghantaran senjata, apatah lagi merancang melakukan kerjasama berkenaan.

Kenyataan itu dibuat Pyongyang susulan dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa Korea Utara sedang mencari peluang untuk membekalkan peluru bagi kegunaan perang di Ukraine.

Jurucakap Keselamatan White House, John Kirby sebelum ini mendakwa, pihaknya mempunyai maklumat yang menunjukkan Korea Utara secara rahsia membekalkan peluru kepada Russia.

Malah, penghantaran peluru berkenaan dibuat secara sembunyi menerusi penghantaran melalui negara Timur Tengah dan Afrika Utara.

Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Luar Tentera Kementerian Pertahanan Korea Utara dalam kenyataan, menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai khabar angin.

Katanya, AS kebelakangan ini secara berterusan menyebarkan ‘khabar angin urus niaga senjata’ yang tidak berasas antara DPRK dan Russia.

Malah, menegaskan pihaknya tidak berhasrat untuk bekerjasama dengan Russia.

“Kami sekali lagi menjelaskan bahawa kami tidak pernah melakukan ‘urus niaga senjata’ dengan Russia dan kami tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian pada masa hadapan,” tegas beliau.

Korea Utara merupakan satu-satunya negara yang tidak mengiktiraf Ukraine dan menyatakan sokongan terhadap penggabungan beberapa wilayah Ukraine yang diisytiharkan Russia, sebelum ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button