Artikel Khas
‘Penduduk bangkitkan isu jalan rosak teruk di Lanchang’
Penting demi keselamatan dan nyawa terutama penunggang motosikal

HARI ini saya berkempen saya di Pekan Sehari Lanchang bersama anak jati Lanchang iaitu Lt. Kolonel Zaini yang merupakan calon GTA bagi N.31 DUN Lanchang.
Hasil pertemuan, warga Lanchang di sini ramai telah membangkitkan isu keadaan jalan raya yang teruk sebagaimana kita pernah membuat rondaan bersama Saudara Lando dan pasukannya beberapa minggu lalu. Itu pun sudah viral, baru baiki.
Isu kerosakan jalan raya sangat kritikal kerana ianya melibatkan keselamatan dan nyawa terutamanya penunggang motosikal.
Inilah antara perkara yang akan dan mesti diambil perhatian oleh mana-mana wakil rakyat kawasan. InsyaAllah, ini antara prioriti kami buat masyarakat Lanchang jika diberi peluang.
Aminuddin Yahaya
Timbalan Pengerusi GTA
Calon P.088 Temerloh No.4
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.