Artikel Khas

Pilih pemimpin muslim wibawa tadbir negara

Nasib orang Islam tak selayaknya diserah pada pemimpin bukan Islam

SEMESTINYA masyarakat dunia khususnya masyarakat Muslim mengikuti perkembangan sokongan Lizz Truss menyokong pemindahan ibu negara Israel ke Baitulmaqdis. Perkara ini mudah dijangka kerana permulaan penapakan Zionis di Palestin bermula daripada tindakan UK bersama Perancis memecahkan tanah jajahan Turki Uthmaniyyah sewaktu Perang Dunia Pertama maka UK mempunyai kepentingan di situ.

Di sini seharusnya diambil pengajaran bahawa golongan pemimpin bukan Islam dan musyrik tidak boleh diharapkan sama sekali dalam melindungi kepentingan orang Islam.

Jelas bahawa hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh mereka selama ini hanya mengikut selera mereka sahaja tanpa meletakkan ia di tempat yang adil.

Dalam konteks politik negara kita, ia memberikan pengajaran bahawa nasib orang Islam tidak selayaknya diletakkan di atas tangan pemimpin bukan Islam.

Hanya pemimpin Muslim yang berwibawa sahaja layak untuk menentukan, menjaga dan memperjuangkan hak orang Islam atas dasar kefahaman yang jelas di dalam Islam.

Di dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 ini, ayuhlah kita memilih calon Muslim berwibawa yang mampu mengangkat hak orang Islam ke tempat yang selayaknya.

Ustaz Pathan Hussin
Calon P109 Parlimen Kapar

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button