Berita UtamaDunia

Aktivis prodemokrasi kritikal mogok lapar

Keluarga mahu tahu status, masih hidup atau sebaliknya

GENEVA, 14 Rabiulakhir 1444H, Rabu – Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Mesir membebaskan segera tahanan penjara – aktivis prodemokrasi Britain-Mesir, Alaa Abdel Fattah.

Volker Turk menggesa menegaskan, nyawa aktivis itu kini terancam dan keadaan kesihatan kritikal selepas melancarkan mogok lapar – tanpa minum air.

“Alaa Abdel Fattah kini berada dalam keadaan bahaya selepas kehilangan air yang banyak dalam badan kerana melancarkan mogok,” katanya.

Malah beliau turut menyifatkan penahanan lelaki berusia 40 tahun tersebut sebagai tindakan merampas hak kebebasan tanpa sebab.

Aktivis itu mula melancarkan mogok lapar April lalu sebagai tanda protes selepas hak lawatan mingguan dinafikan.

“Kami sekeluarga mengetahui Alaa telah berhenti minum air sejak 50 jam lalu dan kami tidak tahu keadaannya sekarang, sama ada masih hidup atau sebaliknya,” kata adik perempuannya Sanaa Seif.

Kongsi wanita itu, ibunya masih setia menunggu perkembangan tersebut di luar penjara sejak 10 jam lalu.

Malah, wanita tersebut turut meminta penjelasan daripada pihak berkuasa Britain memberikan bukti abangnya masih dalam keadaan baik.

Bagaimana sehingga kini tiada respon terhadap pertanyaan tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri UK Rishi Sunak melahirkan kebimbangan terhadap perkara berkenaan ketika mengadakan perbincangan bersama Presiden Sisi di Sharm el- Sheikh semalam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button