
BANGI, 14 Rabiulakhir 1444H, Rabu – Tan Sri Muhyiddin Yassin menepis dakwaan kononnya memperalatkan PAS dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) demi meraih undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Muhyiddin menegaskan, gerak kerja PN dibuat secara berpasukan, membabitkan semua parti komponen, selain menegaskan tiada pihak yang mendominasi gabungan tersebut.
“Kerjasama gabungan itu antara lain menterjemah kesatuan dan perpaduan agak jitu dan kukuh antara parti komponen serta memberikan impak besar kepada landskap politik negara.
“Kita memang bekerjasama, bukan guna jentera dan di bawah satu bumbung PN. Gabungan ini sudah mula bekerja sebagai pasukan.
“Di sesetengah tempat di utara Semenanjung, memang PAS sudah lama tertubuh tetapi di selatan dan beberapa negeri lain, mereka kurang pengaruh namun kita dari Bersatu lebih sokongan dan saling membantu sememangnya cara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang PAS kini sedang diperalat oleh PN dan gabungan itu demi kepentingan parti berkenaan.
Muhyiddin menyifatkan dakwaan yang dikeluarkan perdana menteri itu bukti pemimpin utama negara tidak prihatin.
“Saya fikir Perdana Menteri sudah tak begitu prihatin dengan situasi dan kedudukan sebenar.
“Ini urusan kami, kamu elok tengok urusan kamu dalam Barisan Nasional (BN) yang bercelaru dan pelbagai hal timbul,” katanya.
Semalam, Ismail Sabri dilaporkan berkata, penyokong PAS sepatut belajar daripada kekalahan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.
Malah perlu sedar dan berhati-hati dengan taktik licik Bersatu dan menyeru undi diberikan kepada BN