Politik matang budaya parti BERJASA
Mahukah pilih pemimpin yang gemar bersengketa, fitnah?

MASYARAKAT di Malaysia terkenal dengan sikap yang tinggi budi bahasanya sesama orang lain. Tutur kata yang sentiasa tersusun dan baik bahasanya amat dihormati oleh masyarakat negara lain.
Namun sayangnya sikap itu hanya ditonjolkan oleh rakyat yang berada di bawah sahaja. Ahli politik kayangan langsung tidak menunjukkan sikap kepimpinan untuk dijadikan contoh.
Ayat carutan dan makian sering berlegar ketika perbahasan Parlimen. Tidak cukup dengan itu, di luar pula mereka menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan lawan masing-masing.
Sebagai pemipin yang sentiasa menjadi perhatian, sebarkanlah kebaikan dan nilai positif. Tumpukan fokus kita untuk berkhidmat kepada rakyat bukannya melayan perasaan amarah yang tiada kesudahannya.
Kita dipilih dan diberikan kepercayaan untuk bekerja kepada rakyat. Berikan yang terbaik kepada mereka.
Mahukah kita memilih pemimpin yang gemar bersengketa dan memfitnah? Jika sikap buruk itu ditonjolkan, bagaimana mereka ingin menonjolkan kepimpinan yang baik kepada rakyat?
Jauhi sengketa, tanamkan di dalam diri bahawa kepada rakyat kita berkhidmat.
Kenyataan penuh di Facebook BERJASA