Berita UtamaDunia

Ukraine terima sistem pertahanan udara Itali

Negara G7 sepakat hantar bantuan pertahanan kepada Ukraine

ROM, 14 Rabiulakhir 1444H, Rabu – Kerajaan Itali bersedia menghantar pakej senjata baharu kepada Ukraine termasuk sistem pertahanan udara.

Pegawai Pertahanan Itali yang enggan mendedahkan nama berkata, Rom kini bersedia menyediakan pelbagai sistem pertahanan udara termasuk SAMP/T Franco jarak sederhana dan peluru berpandu mudah alih, Italian Aspide.

Negara Barat kini mula membuat penghantaran sistem pertahanan udara selepas Presiden Ukraine, Voodymyr Zelenskyy merayu supaya pemimpin negara kumpulan G7 membantu negara itu.

Ia berikutan peluru berpandu Russia menghujani beberapa wilayah di Ukraine sejak kebelakangan ini.

Sementara Menteri Pertahanan Itali, Guido Crosetto ketika berhubung dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin berjanji akan terus menyokong Ukraine yang diserang Russia.

Hujung Februari lalu, Itali buat pertama kali menghantar senjata ke Kyiv, namun tidak mendedahkan butiran senjata yang dihantar ke Kyiv sejak pencerobohan Russia.

Namun media Itali dan Ukraine memaklumkan, penghantaran sebelum ini termasuk sistem roket pelancar berganda (MLRS), howitzer Pzh2000 dan kenderaan berperisai.

Semalam, Kyiv memaklumkan pihaknya menerima penghantaran sistem pertahanan udara NASAMS pertama dari UK.

Malah, Presiden Perancis Emmanuel Macron turut berjanji untuk menambah jumlah penghantaran sistem pertahanan udara kepada Kyiv. – Agensi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button