Berita UtamaDunia

145 calon Islam tanding pilihan raya penggal AS

Penting suara pemimpin muslim dalam menggubal dasar

WASHINGTON, 15 Rabiulakhir 1444H, Khamis – Pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) menyaksikan 145 calon beragama Islam bertanding untuk jawatan tempatan, negeri dan persekutuan, termasuk 48 calon perundangan negeri di 23 negeri.

Pusat Sumber Jetpac dan Majlis Hubungan Amerika-Islam (Cair) berkata, terdapat beberapa rekod kemenangan oleh calon Islam dalam pilihan raya pertengahan minggu ini.

“Saya terinspirasi dengan kemenangan bersejarah dalam pilihan raya tempatan dan negeri seluruh negara. Ia membuktikan masyarakat Islam sedang membina infrastruktur yang kukuh untuk kejayaan pilihan raya masa depan.

“Keputusan dasar mengenai pendidikan, perumahan, iklim dan hak sivil dibentuk oleh badan perundangan negeri dan ia penting mewakili suara kita dalam proses penggubalan dasar,” kata Pengarah Eksekutif, Pusat Sumber Jetpac, Mohammed Missouri.

Abdelnasser Rashid dan Nabeela Syed dijangka memenangi pilihan raya mewakili Dewan Undangan Negeri Daerah 21 dan Dewan Undangan Negeri Daerah 51.

Mereka akan menjadi orang Islam pertama yang dipilih ke Dewan Undangan Negeri Illinois.

Manakala seorang lagi calon, Nabilah Islam, akan mewakili Daerah Senat Negeri 7 di Georgia sekiranya menang dalam pilihan raya. 

Di sebelah Dewan Undangan Negeri, Ruwa Romman adalah pemimpin yang dijangka mewakili Daerah 97. 

Nabilah akan menjadi wanita Islam pertama dipilih ke Dewan Senat manakala Ruwa akan menjadi wanita Islam pertama dipilih ke Dewan Undangan Negeri.

Sementara itu, Munira Abdullahi tidak mempunyai pencabar dalam pilihan raya umum untuk Dewan Undangan Negeri bagi Daerah 9 di Ohio, dan telah menjadi orang Islam pertama yang dipilih ke Dewan Undangan Negeri Ohio.  

Ismail Mohammad, seorang Demokrat yang bertanding untuk Dewan Undangan Negeri bagi Daerah 3 akan menyertainya jika mendapat mandat.

Mana Abdi dari parti Demokrat pula mencipta sejarah apabila beliau dipilih untuk mewakili Dewan Undangan Negeri bagi Daerah 95 di Maine. 

Pada masa sama, bekas Ahli Majlis Bandaraya Euless, Salman Bhojani, seorang Demokrat, bertanding untuk Dewan Undangan Negeri Texas bagi Daerah 92 dan dijangka menang. 

Dia akan menjadi orang Islam pertama yang dipilih ke Dewan Undangan Negeri Texas.

Menurut Jetpac, ketika ini, 29 penggubal undang-undang negeri beragama Islam berkhidmat di 18 negeri.

“Kami menyaksikan transformasi politik masyarakat Islam Amerika yang sebelum ini suara mereka dipinggirkan. 

“Justeru, dengan pelantikan baru nanti, akan menambahkan lagi reputasi kejayaan yang telah kita pupuk sejak berdekad-dekad,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button