Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Aminuddin janji jadikan Temerloh pusat pelancongan utama di Malaysia

Ikan patin Temerloh perlu promosi lebih, eksport pasaran antarabangsa

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

TEMERLOH, 15 Rabiulakhir 1444H, Khamis – Calon Pejuang P088, Haji Aminuddin Yahaya berhasrat untuk menjadikan kawasan Temerloh sebagai pusat pelancongan utama di Malaysia. 

Beliau berkata, banyak tapak dan kesan sejarah di Temerloh boleh dibangunkan sebagai tarikan kepada pengunjung dalam dan luar negara.

Sekiranya berjaya dilaksanakan, sudah tentu dapat membantu merancakkan senario ekonomi penduduk tempatan, katanya.

Selain tempat bersejarah, Aminuddin menegaskan, Temerloh yang masyhur dengan ikan patinnya juga sepatutnya mendapat promosi yang lebih berbanding sekarang.

“Temerloh memang terkenal dengan ikan patin. Tetapi mana? Tak banyak sangat promosinya. Ada, bukan tak ada tapi tak cukup. 

“Saya yakin kalau betul diusahakan promosinya, bukan sahaja dalam negara, malah kita boleh eksport ikan patin ini.

“Ia sekali gus memberi ruang penternak menjana pendapatan yang lebih. Semua ini boleh dibuat kalau ada inisiatif dan semangat,” katanya dalam ceramah umum  di Mentakab, malam ini.

Demi meningkatkan lagi ekonomi penduduk Temerloh, Aminuddin juga mahu membantu belia di ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) bawah Parlimen Temerloh iaitu Lanchang, Kuala Semantan dan Mentakab mendapatkan peluang pekerjaan.

“Kita mencadangkan untuk menubuhkan agensi pekerjaan. Mereka tidak dibantu untuk mencari pekerjaan tidak ada ‘matchmaking’ sedangkan di luar sana banyak sebenarnya ruang untuk kita tempatkan mereka.

“Jadi ini misi kita untuk pemuda di sini. Saya dah jumpa ratusan pemuda di Temerloh, semua mereka menyatakan masalah sukar mendapat pekerjaan dan pendapatan

“Insya-Allah kalau kami diberi mandat, kami akan tubuhkan agensi mencari pekerjaan untuk belia. Jadi anak-anak tuan-tuan dan puan-puan jangan takut, boleh cuba dapatkan ‘connection’ kita di seluruh negara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button