Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

DAP kata calon mereka tak perlu isytihar harta

‘Hanya isytihar jika angkat sumpah sebagai menteri’

GEORGE TOWN, 15 Rabiulakhir 1444H, Khamis – Calon DAP yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak perlu mengisytiharkan harta mereka, kata Setiausaha Agung parti, Anthony Loke.

Beliau berkata, mereka hanya perlu berbuat demikian ketika mengangkat sumpah sebagai menteri Kabinet sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU15 dan membentuk kerajaan.

“Kami tidak mempunyai dasar sebegitu. Hanya jika kami dipilih dan mengangkat sumpah sebagai menteri Kabinet, kami akan berbuat demikian (mengisytiharkan aset kami) seperti dahulu,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada DAP akan mengikut langkah PKR yang meminta calon mengisytiharkan harta mereka.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, pengisytiharan harta oleh setiap calon PKR pada PRU15 bertujuan menetapkan standard yang lebih tinggi untuk pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, mewajibkan semua calon mengisytiharkan harta mereka akan menimbulkan keyakinan orang ramai sekiranya calon itu memegang jawatan.

Sementara itu, Loke berkata, pendekatan PH berbeza dengan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, yang menggunakan taktik lama dan memfitnah.

“Mereka menakutkan orang Melayu bahawa jika PH menang, ia akan diperintah oleh DAP.

“Apa yang saya boleh katakan undi untuk PH adalah undi untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai perdana menteri) dan bukan untuk Anthony Loke.

“Manakala undi untuk BN adalah undi untuk Zahid Hamidi (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi),” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button