Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Jangan beri UMNO peluang kaut lagi hasil negara

Politik mereka hanya untuk kayakan pemimpin parti

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

TAMPIN, 15 Rabiulakhir 1444H, Khamis – Mengundi adalah kewajipan kerana ia penting demi memastikan mandat memimpin negara tidak lagi diserahkan kepada pihak yang salah.

“Tuan-tuan kena keluar mengundi. Jangan bila kata dah benci politik, benci dengan pemimpin yang asyik bercakaran, benci dengan watak pemimpin di Parlimen, akhirnya mengambil pendekatan tidak keluar mengundi. 

“Sebenarnya tuan-tuan merelakan kerosakan itu berlaku,” demikian tegas calon Pejuang di Parlimen P133 Tampin, Ustaz Zamani Ibrahim.

Beliau berkata, rakyat sepatutnya keluar mengundi seramai mungkin kerana mereka penentu siapa yang akan diberi mandat untuk memimpin negara. 

“Kita tak mahu serahkan negara ini kepada pemimpin yang partinya huru-hara, parti yang mana pemimpinnya terlibat kes mahkamah, salah laku, salah guna kuasa. 

“Jelas dipaparkan di dada akhbar di media. Tapi kita masih mengundi parti itu untuk menguruskan negara kita. Kalaulah Barisan Nasional-UMNO diberi mandat, kita seolah menyerahkan negara ini untuk tidak maju.

“Kita akan membiarkan mereka rakus, membiarkan mereka mengaut hasil negara untuk kepentingan sendiri. 

“Mereka bukan berjuang untuk membela rakyat, bukan untuk bangunkan negara,” katanya dalam ceramah umum di sini, hari ini.

Bukan itu sahaja, parti itu juga sedang mengalami pergolakan dalaman yang dahsyat, tambahan lagi selepas penamaan calon yang banyak menimbulkan ketidakpuasan hati sesama mereka.

“Kita kena fikir, tengok mereka. Inikah pemimpin yang kita nak berikan amanah untuk pimpin negara? 

“Mereka juga bergolak hari ini. Ramai yang hendak menjadi calon. Bila tidak dapat menjadi calon, mereka memberontak, memprotes. 

“Ini menggambarkan mereka tiada kesepakatan, berebut kuasa kerana mereka lihat dari kuasa itulah mereka dapat kaya. Baru sepenggal dah kaya. Politik bagi kaca mata mereka hanya untuk mengkayakan pemimpin parti,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button