Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Jika parti perkauman menang, mereka tak akan fikir pun masalah bangsa Melayu

Sistem pendidikan satu aliran penting untuk capai perpaduan negara

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin 

TAMPIN, 15 Rabiulakhir 1444H, Khamis – UMNO kelihatan lemah apabila kerap kali memberikan kerusi Melayu kepada parti bukan Melayu, kata calon Pejuang Parlimen Tampin, Ustaz Zamani Ibrahim. 

“Kenapa buat begitu? Angkatlah orang yang bukan Melayu di tempat majoriti kaum mereka. MCA lawanlah DAP. MIC lawanlah DAP. UMNO kena tegas. 

“Apabila parti perkauman ini menang, apakah mereka akan memikirkan kerunsingan, masalah bangsa Melayu? Tidak, mereka tak fikir,” katanya yang juga Presiden BERJASA. 

Sementara itu, mengulas mengenai sistem pendidikan beliau berkata, parti-parti komponen ini lebih bersungguh-sungguh mempertahankan sekolah vernakular yang tidak ada dalam Perlembagaan dan hanya menggagalkan keharmonian negara. 

Walhal, sistem persekolahan amat penting untuk memastikan perpaduan negara dapat dicapai, kata Ustaz Zamani lagi.

“Bila kita wujudkan sekolah satu aliran sahaja, di situlah kita, bangsa Cina, bangsa India, bangsa Melayu duduk di kelas yang sama, kerusi yang sama, guru yang sama kantin yang sama,  bahasa yang sama sukatan sama. Lahirlah satu masyarakat yang harmoni. 

“Kalau orang Melayu duduk sekolah kebangsaan, orang Cina sekolah Cina orang India di sekolah Tamil maka di manakah perpaduan akan berlaku? 

“Saya terlibat dalam bersuara memperjuangkan sekolah kebangsaan satu aliran, tiada negara lain yang sekolahnya dibina atas bangsa. Ini masalah besar,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button