Berita UtamaDunia

Mesir hantar 27 tan vaksin, ubat kepada Lubnan

Bekalan akan diagih pada hospital rawat pesakit taun

BEIRUT, 15 Rabiulakhir 1444H, Khamis – Mesir menghantar 27 tan bekalan perubatan dan vaksin kepada Beirut  sebagai sebahagian daripada usaha memerangi wabak taun di Lubnan, lapor Agensi Berita Anadolu.

“Bekalan itu akan diagihkan ke hospital di mana pesakit taun sedang dirawat,” kata Menteri Kesihatan, Firas Al-Abiad pada sidang media.

Duta Mesir, Yasser Alawi berkata, bantuan itu diberikan susulan perbincangan antara Presiden Abdel-Fattah Al-Sisi dan Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati.

“Kami tidak boleh menerima meninggalkan Lubnan sendirian dalam menghadapi sebarang krisis,” katanya.

Pada hari Selasa, pihak berkuasa kesihatan Lubnan berkata, pengedaran vaksin taun akan bermula pada Sabtu ini.

Taun berpunca disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam air atau makanan yang tercemar.

Kes taun pertama dilaporkan di Lubnan pada 6 Oktober, menandakan kemunculan pertama penyakit itu di negara itu sejak 1993.

Menurut Kementerian Kesihatan, 18 kematian akibat taun dilaporkan di Lubnan selain 448 jangkitan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button