Berita Utama

Ustaz Zamani akan perjuang peruntukan RM5 bilion ganti tanah rizab Melayu

Lidah kata bela, tapi perbuatan mereka seolah hancurkan Melayu

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

TAMPIN, 15 Rabiulakhir 1444H, Khamis – Calon Pejuang di Parlimen Tampin, Ustaz Zamani Ibrahim berjanji mahu menyelesaikan isu  tanah rizab Melayu yang semakin berkurangan dan tidak diganti kerajaan negeri.

“Tanah rizab Melayu di Negeri Sembilan tinggal 5.49 peratus sahaja. Sepatutnya ada 50 peratus tanah rizab Melayu di seluruh negara.

“Malangnya, tanah yang diambil selama ini tidak diganti semula,” katanya kesal memikirkan nasib dan masa depan orang Melayu di tanah air sendiri.   

Beliau berkata demikian dalam ceramah umum di Rumah Rakyat Repah, malam ini. 

Anak jati Tampin itu mempersoal sama ada UMNO boleh membela nasib Melayu – lebih-lebih lagi isu tanah rizab ini sudah berlarutan sejak sekian lama.

Sindirnya, lidah boleh bercakap membela Melayu, namun perbuatan mereka menghancurkan orang Melayu, menggadaikan tanah rizab Melayu. 

“Tiada langsung fikir untuk menggantikan tanah rizab Melayu.

“Inilah sebab utama saya masuk Parlimen saya nak bersuara, mendesak supaya diberi peruntukan RM5 bilion setiap tahun untuk membeli tanah ganti tanah rizab Melayu kerana kita yakin kitalah yang mempertahankannya,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button