Berita Utama

Ahli politik ‘recycle’ tiada hala tuju jelas

Ganti pemimpin baharu lebih integriti, wibawa

Oleh Zuhayati Yazid

KUANTAN,16 Rabiulakhir 1444H, Jumaat – Pembaharuan dalam negara perlu dilakukan segera supaya kepimpinan yang ada tidak didominasi puak-puak sama sahaja.

Atas dasar itu, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, Pahang, Dr Rashidah Abdul Rahman menegaskan, pemimpin muka lama perlu diganti yang baharu – khusus mereka yang berwibawa dan mempunyai hala tuju jelas.

“Dari dahulu hingga sekarang, kita melihat ahli politik dan parti sama sahaja, daripada situ kita tahu bahawa ahli politik ‘recycle’ ini tak membawa sebarang perubahan dan pembaharuan idea kepada negara.

“Sebab itu negara berdepan pelbagai masalah kerana tiada agenda baharu dan jelas,” katanya.

Beliau yang terlibat dalam dunia perubatan menawarkan diri untuk terjun ke bidang bidang politik selepas yakin mampu membawa perubahan kepada masyarakat khususnya umat Islam.

“Sekiranya diberikan mandat oleh rakyat, saya ada tawaran sangat manfaat untuk pengundi terutama orang Islam memandangkan kita tahu masyarakat kita menjuarai semua permasalahan.

“Kalau kita tengok penagih dadah, merempit, jenayah semuanya terdiri daripada orang Melayu dan Islam jadi apa yang boleh saya tawarkan ialah ialah aspek pendidikan agama secara lebih terperinci.

“Saya merancang untuk buka kelas mengaji al-Quran dan pendidikan fardu ain kerana al-Quran merupakan kekuatan kepada masyarakat Islam dalam menyelesaikan semua permasalahan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button