Pendapat

Bela nasib penjaja, peniaga kecil

Sukar dapatkan pinjaman, isu fasiliti perniagaan yang daif

HARI INI saya dapat turun bertemu dan beramah mesra dengan penjaja-penjaja di sekitar IM2 dan Cenderawasih.

Para penjaja ini berkongsi pelbagai kesukaran yang mereka alami sepanjang menjadi penjaja. Antaranya, kesukaran mendapatkan pinjaman perniagaan, isu fasiliti perniagaan yang daif dan tersepit di antara kenaikan harga bahan mentah dan menetapkan harga jualan semasa.

Saya melihat penyelesaian kepada isu ini perlu perlu bersifat merawat punca masalah dan jangka panjang. Dalam banyak inisiatif yang telah dilakukan kerajaan pusat dan negeri bagi membantu golongan usahawan dan peniaga, mereka mungkin mewakili ‘blind spot’ yang belum diterokai.

Pemerkasaan penjaja – penjaja kecil ini perlu meliputi melengkapkan mereka dengan aspek pengetahuan perniagaan dan kemahiran keusahawanan, disamping inisiatif bantuan kewangan agar mereka boleh membina perniagaan yang lestari.

Kelestarian dan pemerkasaan kelompok ini adalah penting kerana ia akan menyumbang kepada ekonomi negeri.

Undi Calon No. 4 N13 DUN Semambu
Undi Pejuang untuk Berjasa
Dr Rashidah Abd Rahman

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button