Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Tiada akses air bersih, lebih 35,000 kes taun di Syria

46 kematian direkod akibat lewat terima rawatan

DAMSYIK, 16 Rabiulakhir 1444H, Jumaat – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendedahkan lebih 35,000 kes yang disyaki wabak taun telah direkodkan di seluruh Syria.

Bagaimanapun, hanya 2,500 kanak-kanak yang telah disaring dengan hampir separuh daripadanya disahkan positif wabak taun.

Menurut agensi itu, masalah akses air bersih memburukkan lagi wabak taun di wilayah perang itu, namun pihak berkuasa tempatan bergelut membendungnya menerusi pemberian tablet klorin dan vaksin.

“Menemukan satu kes taun bermakna anda telah mendapat wabak,” kata ketua penyakit berjangkit dan kronik di Kementerian Kesihatan Syria, Zuhair Al-Sahwi.

Beliau berkata, keluk itu sebahagian besarnya mendatar dengan kadar perlahan dalam jumlah kes baharu yang disahkan setiap hari.

Al-Sahwi berkata, kementerian telah merekodkan 46 kematian akibat kelewatan menerima rawatan perubatan dan telah meminta vaksin taun daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO sebelum ini berkata, kes di Syria berkait dengan wabak yang menular dan bermula di Afghanistan pada Jun, kemudian merebak ke Pakistan, Iran, Iraq serta Lubnan.

Taun biasanya merebak melalui air, makanan atau kumbahan yang tercemar. Ia boleh menyebabkan cirit-birit dan dehidrasi teruk Рsehingga membawa maut jika tidak dirawat.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button