Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

8 bulan dipenjara, Israel bebaskan ahli Parlimen Palestin

Ahmed Atoun turut dilarang masuk ke Baitulmaqdis

RAMALLAH, 17 Rabiulakhir 1444H, Sabtu – Pihak berkuasa Israel membebaskan ahli Parlimen Palestin di Baitulmaqdis, Ahmed Atoun pada Khamis selepas berbulan berada di bawah penahanan pentadbiran.

Sumber tempatan berkata, Atoun, 54, ditahan di penjara tentera Ofer di Ramallah selama lapan bulan tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan sepanjang tempoh itu.

Pihak berkuasa Israel juga telah memperbaharui larangan ke atasnya yang menghalang Atoun daripada memasuki wilayah Baitulmaqdis yang diduduki.

Kelab Tahanan Palestin dalam satu kenyataan berkata, Atoun telah menghabiskan lebih 16 tahun di penjara Israel secara berkala, kebanyakannya di bawah penahanan pentadbiran.

Kumpulan hak asasi manusia memaklumkan, lima ahli Parlimen Palestin, termasuk Mohamad Abu Tir, Hassan Yousef, Nasser Abdel Gawad, Ahmed Saadat dan Marwan Barghouthi, kini masih berada di sebalik sel di penjara Israel.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button