Berita UtamaIstimewa

Rosli ulang pelawaan debat dengan Ku Nan, Radzi

Poster dikhianat strategi lapuk konon BN teraniaya

BANGI, 17 Rabiulakhir 1444H, Sabtu – Calon Pejuang di Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd Rosli Ramli menyifatkan insiden poster pencabarnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor diconteng dan dikhianat, hanyalah strategi permainan lapuk Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, kejadian itu seolah-olah mahu menunjukkan kononnya Tengku Adnan yang mewakili BN di kerusi berkenaan seperti teraniaya.

“Strategi game ini dah lapuk la Tengku Adnan. Nak tunjuk seolah-olah teraniaya.

“Ini membuktikan Datuk dan BN Putrajaya tengah terdesak,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Mohd Rosli mengulangi pelawaannya untuk mengadakan debat secara terbuka antara calon di Putrajaya berhubung tawaran dan rancangan kepada pengundi di kawasan berkenaan.

“Jom kita lawan idea. Kita debat apa nak buat untuk Putrajaya. Dr Radzi Jidin on?

“Saya dan sebuah pada media masa itu. I am ready!,” katanya.

Terdahulu, Tengku Adnan yang juga dikenali sebagai Ku Nan kesal dan sedih dengan tindakan khianat pihak tidak bertanggungjawab menconteng beberapa poster kempen beliau di sekitar Putrajaya.

Beliau mendakwa, setakat ini dua posternya diconteng dan kejadian berlaku di Presint 8 dan Presint 11 semalam.

“Saya berasa sedih kerana tidak pernah dalam empat kali pilihan raya (yang bertanding), kali ini tak tahu orang dari hutan mana datang, dia cat dan conteng poster saya serta jahanamkan peralatan kempen yang telah BN pasang,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button