Berita UtamaDunia

21 maut nahas bas di Mesir

Kemalangan dipercayai berpunca daripada kerosakan stereng

KAHERAH, 18 Rabiulakhir 1444H, Ahad – Sekurang-kurangnya 21 penumpang maut apabila bas mini yang mereka naiki terbalik dan terjatuh ke dalam terusan di utara Mesir, semalam.

Kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada kerosakan stereng kenderaan itu.

Menurut sumber keselamatan, bas itu membawa kira-kira 35 penumpang apabila ia tergelincir di lebuh raya dan jatuh ke dalam terusan Mansuriya di bandar Aga, di wilayah utara Daqahlia.

Kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di Mesir, susulan jalan tidak diselenggara dengan baik dan undang-undang lalu lintas tidak dipatuhi.

Menurut data, pada 2021 kira-kira 7,000 mangsa terbunuh akibat kemalangan jalan raya di negara berkenaan.

Pada 25 Julai lalu, 25 orang maut manakala 35 yang lain cedera selepas sebuah bas merempuh sebuah trak yang diletakkan di tepi jalan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button