Berita UtamaDunia

Turkiye yakin koridor bijirin mampu jadi jalan keamanan Russia-Ukraine

Erdogan mahu bincang pendirian Zelensky dalam rundingan dengan Russia

ANKARA,18 Rabiulakhir 1444H, Ahad – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan merancang untuk menghubungi rakan sejawatnya di Ukraine, Presiden Volodymyr Zelensky bagi membincangkan pendiriannya dalam rundingan dengan Russia.

Turkiye kini yakin untuk menjadikan koridor bijirin sebagai jalan menuju ke arah keamanan antara kedua negara.

Bagaimanapun, tegas Erdogan, pendirian Presiden Russia, Vladimir Putin sahaja tidak mencukupi, justeru beliau berhasrat untuk membincangkan perkara berkenaan dengan Zelenskyy.

Katanya, perbincangan itu akan membolehkan kedua-dua negara memahami sama ada usaha pengantaraan Turkiye ini akan membawa keamanan kepada dua-dua negara.

“Sekarang ini adalah masa yang penting untuk kita memelihara keberkesanan ‘koridor bijirin’ dan bekalan baja.

“Matlamat Presiden Putin adalah memberi keutamaan kepada negara Afrika seperti di Mali, Somalia atau Sudan dan mahu menawarkan penghantaran berkenaan secara percuma,” kata Erdogan.

Erdogan menjangkakan perjanjian berkenaan akan tamat pada 19 November ini.

“Bagi pendapat saya, ancaman sekatan sementara ke atas perjanjian adalah tindakan yang salah. Semasa rundingan dahulu, kami menyatakan bahawa lebih lama perjanjian itu dilakukan adalah lebih baik.

“Sementara itu, adalah penting untuk menentukan rangka kerja isu ini, iaitu seperti yang dikatakan oleh Putin untuk menangani negara-negara Afrika, yang paling memerlukan makanan.

“Ia akan menjadi pendekatan yang tidak adil jika produk pertanian dihantar ke Eropah tetapi Afrika diabaikan,” katanya.

Malah, Erdogan juga menyatakan bekalan produk pertanian ke negara Eropah memberi kesan negatif terhadap penduduk Kremlin.

Russia pada 29 Oktober lalu mengumumkan penggantungan dalam penyertaan perjanjian bijirin berikutan kejadian letupan di Sevastopol sebagai alasan dengan keputusan penggantungan berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button