Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Ustaz Hamidi mahu selesaikan isu pemilikan tanah orang Melayu

Orang Melayu mudah ‘cair’ bila disogok

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 18 Rabiulakhir 1444H, Isnin – Calon Pejuang Parlimen Kepala Batas, Ustaz Hamidi Hassan mahu menyelesaikan masalah pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang supaya tidak jatuh ke tangan orang lain.

Sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau berhasrat mewujudkan konsortium tanah pertanian melalui koperasi dan instrumen wakaf diperkasakan supaya pemilikan tanah orang Melayu terus dikekalkan.

Katanya, perkara tersebut sangat penting dan perlu dilakukan segera supaya orang Melayu tidak menumpang di tanah air sendiri.

“Namun sayangnya budaya masyarakat kita hari ini terlalu ‘cair’ dengan sogokan tidak kira dalam apa juga keadaan sehingga sanggup melepaskan hak pemilikan terutamanya melibatkan orang Melayu.

“Begitu juga dengan tanah-tanah orang Melayu kini secara mudah dijual kepada kaum lain apabila ditawarkan dengan harga lebih tinggi.

“Sedangkan tindakan berkenaan hanya merugikan dan menghancurkan kedudukan orang Melayu itu sendiri,” katanya dalam program Bersama Calon di TV Pertiwi, hari ini.

Beliau berkata, orang Melayu Pulau Pinang hari ini semakin sedar apabila hak mereka semakin disisihkan.

Malah, terdapat orang-orang Melayu Pulau Pinang kini sudah tawar hati dan mahukan perubahan serta melepaskan diri daripada cengkaman pentadbiran DAP dan juga Barisan Nasional (BN).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button