Berita Utama

PN tak beri mandat pada Takiyuddin runding dengan BN

Tujuan bertanding bentuk kerajaan tanpa perlu bergabung

BANGI, 19 Rabiulakhir 1444H, Selasa – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan parti itu akan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seperti yang didakwa Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS itu dilaporkan tidak menolak kemungkinan PN akan membentuk kerajaan dengan BN sekiranya mereka gagal membentuk kerajaan secara bersendirian pada PRU15.

Bagaimanapun, beliau berkata, PN tidak akan sesekali membentuk gabungan bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menguasai Putrajaya.

Menurutnya, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ada menyebut sekiranya PAS tidak boleh bergabung sebelum PRU15, maka mungkin selepas PRU15.

Dalam satu kenyataan, Muhyiddin hari ini menegaskan, tujuan PN bertanding dalam PRU15 untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau PH.

“Saya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional tidak pernah memberi mandat kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS untuk berunding dengan Barisan Nasional bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15.

“Saya berdoa dengan izin Allah dan sokongan padu rakyat, PN akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dan negeri pada PRU15,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button