Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

8 tawaran calon Pejuang untuk penduduk Alor Gajah

Beri peluang GTA berkhidmat, 'humban' calon tak 'perform'

ALOR GAJAH, 19 Rabiulakhir 1444H, Selasa – Muhammad Nazriq Abdul Rahman mengemukakan lapan tawaran untuk rakyat Alor Gajah sekiranya menang di kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tawaran yang dikemukakan calon Pejuang itu antaranya mempertingkatkan rangkaian internet; membina ‘one stop centre’ belia; menyelesaikan masalah banjir; membangunkan hab pertanian dan penternakan negara serta bandar baharu Alor Gajah.

Turut ditawarkan bantuan untuk suri rumah dan ibu tunggal; menyediakan infrastruktur kepada para penghantar makanan dan memperkasa usaha industri kecil dan sederhana (IKS), penjaja serta peniaga kecil.

Muhammad Nazriq menegaskan, cadangan itu bukan sesuatu yang luar biasa tetapi logik dan mampu dilaksanakan.

“Ini adalah kepimpinan baharu di Malaysia dan Melaka yang menegakkan sesuatu boleh dicapai dan dibuat. Kita tidak cakap perkara yang luar biasa sangat.

“Oleh itu saya menyeru kepada warga Alor Gajah khususnya di Gadek undi saya. Jangan takut,” katanya pada Ceramah Kelompok: Gadekku Unggul di Bilik Gerakan Gadek di sini, malam ini.

Pada masa sama, beliau juga meminta rakyat memberi peluang kepada Pejuang dan Gerakan Tanah Air (GTA) Alor Gajah untuk berkhidmat dan melupakan calon yang tidak menunjukkan pretasi memberangsangkan.

“Kita ‘humban’ saja mereka yang tidak ‘perform’,” katanya tanpa menyebut mana-mana pihak.

Parlimen Alor Gajah menyaksikan pertembungan empat penjuru pada PRU15 kali ini.

Empat calon yang bertanding adalah Shahril Sufian Hamdan dari Barisan Nasional (BN); Muhammad Nazriq Abdul Rahman dari Pejuang; Adly Zahari yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dari Perikatan Nasional (PN).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button