Berita Utama

Pengundi muda jangan terpengaruh politik kepartian semata-mata

Pilih calon wibawa yang mampu bela nasib rakyat

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 21 Rabiulakhir 1444H, Rabu – Pengundi muda dilihat masih ‘blur’ dan tercari-cari pemimpin mana yang layak untuk menjadi wakil rakyat sekali gus dapat membela nasib ummah.

Situasi ini berlaku kerana mereka masih ragu-ragu sama ada memilih berdasarkan calon, parti atau agenda yang dibawa.

Hakikatnya, anak-anak muda sangat teruja untuk keluar mengundi – namun rata-rata mengakui mereka kekurangan maklumat mengenai cara pemilihan calon yang tepat.

Atas dasar itu, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Wafiq Azman berkata, pihaknya banyak membuat pendedahan dan penerangan kepada anak-anak muda khususnya mahasiswa supaya mereka memahami suasana politik.

“PEMBINA tekankan mereka perlu memilih ramai calon yang berwibawa dalam Parlimen sekali gus membawa agenda Kebangsaan,” katanya ketika menjadi panel dalam program Dimensi: Analisis Agenda Kebangsaan Dalam PRU15, yang disiarkan di TV Pertiwi, hari ini.

Beliau berkata, anak-anak muda khususnya mahasiswa perlu didedahkan dengan agenda kebangsaan supaya mereka dapat menolak dan tidak terpengaruh politik kepartian semata-mata.

“Sebab itu ia perlu diperjelaskan dengan tepat apabila berbincang mengenai Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Negeri (PRN),” katanya.

Rakyat akan memilih pemimpin pada 19 November ini dan pengundian awal telah dilaksanakan semalam, 15 November.

Tonton Dimensi;
https://fb.watch/gQ30m1-134/?mibextid=de0Fye

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button