Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Beri peluang GTA tadbir negara, semua pemimpin berwawasan dan bebas rasuah

Jangan beri BN-PH memerintah, jadikan pengalaman dulu pengajaran

BANGI, 21 Rabiulakhir 1444H, Rabu – Pengundi diingatkan tidak memberi peluang kepada pemerintahan gagal 22 bulan serta kerajaan 60 tahun yang terpalit  pelbagai kes salah laku serta rasuah.

Calon Pejuang di Parlimen Bangi, Annuar Salleh berkata, pengalaman bersama kedua-dua kerajaan – Pakatan Harapan dan Barisan Nasional – menyaksikan sejarah hitam dan pastinya rakyat tidak mahu ianya berulang.

Oleh itu, Gerakan Tanah Air menerusi Pejuang sedia menjadi pilihan baharu pengundi pada PRU15 bagi membentuk kerajaan yang stabil dan berwawasan untuk membangunkan semula negara.

“Pergelokan politik yang berlaku sejak sekian lama menunjukkan betapa parti-parti politik yang ada menjadikan parti sebagai landasan untuk mengaut keuntungan diri dan keluarga mereka.

“Sebab itulah berlaku perebutan jawatan di dalam parti, antara kelompok gabungan mereka sehingga akhirnya runtuh kerajaan PH selepas 22 bulan menghadapi persaingan serta krisis dalaman mereka,” katanya dalam ceramah umum Pejuang di Uptown Jalan Reko, di sini malam tadi.

Bukan setakat mimpi ngeri 22 bulan, Annuar berkata, ketidakstabilan negara hari ini juga punca daripada kegagalan sistem angkara penyakit rasuah dan amalan politik berkepentingan peribadi oleh pemerintah 60 tahun sebelum ini.

“Ini merupakan satu fenomena yang amat menakutkan terutama apabila hutang negara sudah hampir RM1 trilion yang akan memberi beban kepada kita dan anak cucu nanti.

“Tun Mahathir bukan turun daripada jawatannya kerana kegagalan mentadbir negara, tetapi disebabkan oleh tekanan politik pembangkang ketika itu,” katanya.

Beliau berkata, apabila kerajaan diserahkan kepada pelapis bekas Perdana Menteri itu, suasana negara bahkan menjadi semakin buruk dengan hutang terus bertambah.

“Berlaku pelbagai masalah ekonomi dan sosial yang menunjukkan kegagalan pentadbiran yang berlaku. 

“Jadi, kita perlu kembali bangunkan negara dengan pengalaman daripada Tun Mahathir yang sudah membangunkan Malaysia sebelum ini.

“Berikan peluang sekali lagi kepada beliau bersama barisan pimpinan baharu daripada GTA yang berwawasan, bebas rasuah serta berintegriti,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button