Artikel Khas

Saya beranikan diri bertanding kali ini demi ummah

Cukuplah lantik mereka yang ada 'agenda jahat' jadi pemimpin

TUAN dan Puan ini mengadu ramai sangat calon bertanding di Parlimen Bangi. 8 orang, tak sempat nak tengok satu persatu.

Saya kata pada Tuan Puan ini, saya ada, Ustaz Annuar Salleh dari Parti Berjasa, bertanding menggunakan tiket Pejuang.

“Saya lahir di Kedah. Selepas pulang dari Al Azhar, saya menetap bersama keluarga di Bangi lebih dari 27 tahun. 7 orang anak saya membesar dan belajar di sekitar Bangi, di Al-Amin Bangi, di SK Sungai Ramal Dalam, SRA Sungai Ramal Dalam.

Sepanjang 27 tahun di sini, saya sibuk dengan program motivasi dan jati diri untuk anak muda dan remaja serta masyarakat. Saya menyaksikan sendiri bagaimana rakyat kita di sini berada dalam kesulitan dengan isu jenayah, kekurangan sekolah, kenaikan harga barang, isu banjir di sesetengah kawasan dll.

Takkanlah saya nak biarkan masalah sama terus berulang setiap tahun? Saya rasa cukuplah kita lantik muka sama yang ada agenda jahat pada setiap PRU menjadi pemimpin kita.

Saya beranikan diri untuk bertanding kali ni. Kalau Tuan Puan belum ada pilihan sesiapa, saya perkenalkan diri saya.

Ustaz Annuar Salleh
Calon Pejuang Parlimen Bangi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button