Dunia

Turki tolak ucapan takziah AS

Ankara yakin Washington terbabit sokong militan Kurdish

ANKARA, 21 Rabiulakhir 1444H, Rabu – Turkiye menolak mesej ucapan takziah Amerika Syarikat (AS) susulan serangan maut di Istanbul yang mengorbankan enam nyawa dan mencederakan 81 yang lain.

“Kami telah menerima mesej itu tetapi kami tidak menerimanya dan menolak ucapan takziah kedutaan AS. Kami tidak bermusuhan dengan sesiapa pun.

“Kami tahu siapa yang menyokong keganasan di utara Syria, dan kami tahu mesej yang mereka mahu sampaikan kepada Turkiye melalui serangan ini,” kata Menteri Dalam Negerinya, Suleiman Soylu.

Kenyataan akhbar Suleiman itu dipercayai merujuk kepada sokongan Washington terhadap militan Kurdish di utara Syria yang dituduh Ankara sebagai pihak bertanggungjawab dalam serangan berkenaan.

Suleiman turut mengesahkan penahanan suspek yang terbabit meninggalkan bom sehingga menyebabkan letupan di Jalan Istiklal, Istanbul.

“Penilaian kami ialah arahan untuk serangan pengganas yang membawa maut datang dari Ayn Al-Arab di utara Syria, di mana PKK/YPG mempunyai ibu pejabatnya di Syria.

“Kami akan bertindak balas terhadap mereka yang bertanggungjawab atas serangan keganasan yang keji ini,” katanya.-  Agensi

Berita berkaitan;

Polis tangkap lagi pengganas serangan di Turki

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button