Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Artikel Khas

Bangi perlu pemimpin wibawa untuk jadi bandar raya ilmu

Kita hantar Ustaz Annuar Salleh ke Parlimen!

MALAYSIAN Malaysia atau Malaysia milik rakyat Malaysia adalah prinsip asas Parti Tindakan Demokratik (DAP). Ini bermaksud mereka menolak ketuanan kaum atau racial supremacy serta dasar dan amalan yang hanya mengutamakan sesuatu kaum, agama atau gender, serta mengabaikan yang lain, kerana itu adalah diskriminasi.(Sumber Roketkini.com 19 Mac 2017)

Mereka berusaha untuk mendapatkan undi orang Melayu namun mereka tidak sesekali melunturkan prinsip ‘Malaysian Malaysia’. Ini dipetik daripada laporan Malaysiakini bertarikh 19 Mac 2022, Syahredzan Johan menafikan bahawa DAP telah menggadaikan prinsipnya atau keluar daripada landasannya untuk menarik pengundi Melayu.

Dari sudut yang lain pula, seperti laporan Roketkini pada 7 Julai 2018 bertajuk Syahredzan Johan: DAP, Islam dan Sekularisme telah melahirkan sokongannya kepada agenda sekularisme. Beliau mengatakan negara kita memang memerlukan sekularisme untuk diimplimentasikan dalam pentadbiran negara. Hal ini bermakna DAP terbukti bersungguh mahuka agama dipisahkan daripada pentadbiran negara.

Bangi yang majoriti penduduknya Melayu Islam perlukan seorang pemimpin berwibawa untuk membawa Bangi ke satu tahap yang lebih segar. Kekayaan pembangunan Bangi perlu seiring dengan kekayaan pembangunan modal insan. Ustaz Annuar Salleh adalah pilihan terbaik untuk membuktikan bahawa Bangi mampu menjadi bandaraya ilmu yang berkualiti.

Beliau telah lama memberikan khidmat sosial di sekolah dan masjid sekitar Bangi. Ditambah dengan khidmat bakti buat anak muda yang memerlukan bantuan juga telah beliau santuni. Namun, usaha ini tidak akan selesai jika punca masalah tidak dipandang serius oleh rakyat Bangi. Kita perlukan pemimpin yang bercakap senada dengan tindakannya. Bukan hanya sekadar petah berdebat.

Bangi bandaraya ilmu, inilah tekad Ustaz Annuar Salleh.

Ayuh 303,571 pengundi Bangi, kita hantar Ustaz Annuar Salleh ke Parlimen!

Ustaz Annuar Salleh
Calon Pejuang Parlimen Bangi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button