Artikel Khas

Calon-calon DAP Melayu, lihat apa agenda parti mereka

Salah pilih akibatnya rugi masa depan rakyat

TANPA disedari, kenyataan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke telah mendedahkan alasan atau strategi DAP di sebalik ramainya calon-calon Melayu dari parti tersebut yang bertanding dalam PRU15 kali ini.

Umum mengetahui bahawa parti cauvinis DAP sangat terdesak untuk menolak persepsi bahawa ia sebuah parti berbilang kaum dan tidak bersifat kiasu dan rasis. Para pemimpin mereka sering mengeluh bahawa persepsi negatif ini merupakan satu halangan besar kepada usaha mereka untuk meraih sokongan dari masyarakat dan pengundi Melayu.

Hal ini tidak menghairankan oleh kerana mereka memiliki beberapa persamaan agenda dengan parti PAP Singapura yang sehingga hari ini masih tidak membuka peluang kepada rakyatnya dari bangsa Melayu untuk memegang jawatan-jawatan utama/kritikal negara meskipun layak.

Meskipun Presidennya seorang Melayu dan Bahasa Kebangsaan Singapura juga adalah Bahasa Melayu, warganegara Melayunya tidak dianggap sebagai rakyat yang boleh dipercayai untuk menduduki jawatan-jawatan utama atau penting disamping kesetiaan mereka kepada negara yang masih diragui.

Parti DAP pula yang merupakan talian sambungan (extension cord) kepada parti PAP Singapura ditubuhkan sejurus selepas Singapura keluar dari Malaysia.

Antara isu-isu yang sinonim dengan kepentingan Cina di negara ini adalah isu-isu pendidikan, bahasa, budaya, kepentingan ekonomi dan survival bangsa. Politik merupakan satu platform yang dijadikan perantara dan pemudahcara (enabler) untuk menjayakan tuntutan-tuntutan dan menjamin kepentingan mereka.

Justeru itu mereka sangat bertegas dan tidak pernah berkompromi dalam isu persekolahan vernakular mereka khususnya. Mana-mana parti politik yang memerintah terpaksa akur dengan kehendak gerakan pendidikan ini seolah-olah institusi-institusi ini “kebal” dari sebarang tindakan, malah semua parti politik yang ingin mendapat sokongan dari komuniti atau pengundi Cina tidak boleh menyentuh kepentingan ini, apatah lagi cuba menghapuskan atau menyeragamkannya dengan kurukulum sistem pendidikan negara.

Berikut adalah senarai calon-calon Melayu dari DAP:

KEDAH
P012 Jerai – Zulhazmi Shariff

PULAU PINANG
P048 Bukit Bendera – Syerleena Abdul Rashid

PERAK
P054 Gerik – Ahmad Tarmizi Mohd Jam

N26 Tebing Tinggi – Dr Abdul Aziz Bari
N56 Changkat Jong – Badrul Hisham Badarudin

PAHANG
P079 Lipis – Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
P089 Bentong – Young Syefura Othman
N07 Tras – Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
N20 Pulau Manis – Muhammad Khairil Khalid

SELANGOR
P102 Bangi – Syahredzan Johan

JOHOR
P148 Ayer Hitam – Sheikh ‘Umar Bagharib Ali
P154 Mersing – Fatin Zulaikha Zaidi
P164 Pontian – Shazwan Zdanial Abidin

SABAH
P181 Tenom – Noorita Sual
Pendekata dari 83 calon DAP yang bertanding dalam PRU15, terdapat 13 orang (lebih kurang 15%) calon berbangsa Melayu.

Baik, kita mungkin tertanya-tanya apa strategi atau muslihat parti rasis cauvinis ini meletakkan ramai calon Melayu untuk bertanding di kawasan-kawasan pengundi Melayu?

Satu alasan biasa yang akan diberikan ialah tidak ada mana-mana peruntukan undang-undang yang menghalang mana-mana parti politik dari meletakkan calon mereka di mana-mana tempat dalam sesuatu pilihanraya.

Ini memang munasabah bagi mereka yang tidak mengerti selok belok percaturan politik.

Walaubagaimanapun, beranikah parti rasis cauvinis itu memberikan satu akujanji bertulis secara rasmi bahawa mereka tidak akan mencalonkan wakil rakyat mereka yang berbangsa Melayu untuk menjadi PM sekiranya PH berjaya menguasai Parlimen dan menjadi komponen majoriti atau paling dominan di pihak pemerintah?

Begitu juga jawatan Menteri Besar, apakah yang menghalang mereka dari menuntut jawatan tersebut sekiranya mereka menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan mengemukakan calon Melayu dari parti DAP?

Apakah yang menghalang mereka dari membuat tuntutan-tuntutan seperti itu?

Sekiranya parti DAP yang cauvinis itu tidak menguasai tetapi paling dominan dalam Parlimen atau DUN, tidakkah mereka berpeluang untuk “mempengaruhi” pemimpin negara atau negeri supaya megambil kira kepentingan atau “pandangan” parti ini dalam membuat sebarang dasar atau merumuskan apa-apa polisi?

Sebagai contoh, adakah pemimpin Melayu dari DAP itu akan membuat keputusan yang mengutamakan kepentingan agama, umat dan bangsa atau yang berpihak kepada dasar dan agenda parti beliau?

Cuba kita kaji ‘track record’ calon-calon Melayu DAP di atas. Bolehkah kita berbangga dengan ‘pencapaian-pencapaian’ mereka? Beranikah mereka meminta atau mencalonkan diri mereka untuk bertanding di Kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina sekiranya parti itu benar-benar sebuah parti politik berbilang kaum yang tidak bersifat rasis?

Penglibatan dalam parti politik bukan penglibatan untu mengisi masa lapang atau ‘part time’. Ia bukan seperti memilih baju apa untuk dipakai untuk majlis apa. Ia bukan juga parti yang boleh diterima atau dibuang ikut sesuka hati. Kalau itulah kriteria untuk menjadi ahli kepada sesuatu parti politik, ini menunjukkan seseorang tu tidak jujurdan jahil tentang realiti politik kepartian.

Bila seseorang itu menjadi ahli sesebuah parti politik, individu tersebut perlu mengimani dasar-dasar perjuangan, sistem nilai yang dipegang, yakin dan komited dengan agenda parti, menghayati ideologi dan objektif atau matlamat perjuangan parti. Ia sepatutnya menjadi penglibatan seumur hidup yang seseorang itu sanggup berkorban demi mempertahankannya.

Anda tidak boleh menjadi seorang Muslim yang sejati sekiranya pada waktu yang sama anda berpegang dan meyakini bahawa ideologi liberal atau sosialis atau kapitalis atau komunis adalah penyelesaian atau alternatif terbaik bagi umat, bangsa dan rakyat.

Ia mungkin boleh diterima oleh masyarakat yang menjulang hawanafsu di dalam sistem yang mengamalkan pemerintahan sekular demokrasi tetapi tidak bagi seseorang Muslim yang terikat dengan sempadan akhlak dan sistem nilai yang bertunjangkan Wahyu.

Justeru itu, umat Islam dan bangsa Melayu perlu melihat lebih jauh dari sekadar memilih seseorang calon. Jangan berhenti atau kagum pada seseorang calon Melayu Muslim, tetapi kajilah dan perhatikan ideologi apa yang dianuti oleh parti tersebut.

Kesepakatan Melayu adalah permulaan kepada kedaulatan Islam.

Sekiranya kita tersalah pilih, dan akibatnya merugikan diri dan masa depan kita, janganlah salahkan orang lain.

Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tidak berguna

Mohd Luttfi Abd Khalid
Pengerusi iPeguam/Pemerhati politik

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button